FRENCH ONION SOUP
"French onion soup" ialah satu soup yang berasal daripada perancis, sup ini adalah sup tradisi kepada masyarakat perancis. selalunya untuk membuat sup ini di dalamnya terdiri daripada bawang yang di masak perlahan-perlahan sehingga bawang itu sendiri menjadi seperti caramel.
ini adalah kerana di dalam itu sendiri mempunyai kandungan gulay yang agak tinggi. oleh sebab itu lah jika kita memasak masakka maka jika kita meletakkan bawang agak banya masakkan kita juga akan turut berasa manis bawang, tidak lah manis seperti manisnya gula.
resepi asal untuk membuat sup bawang adal perancis ini mempunyai hati itik atau dalam bahasa perancisnya "foie-grass" tetapi di dalam resepi yang saya kongsikan di bawah ini tidak mempunyai "foie-grass", ini adalah kerana harganya yang agak mahal untuk kita membelinya. selalunya "foie-grass" ini di gunakkan di hotel-hotel besar yang terkemuka ataupun restaurant-restaurant yang agak terkenal.
ayuh kita cuba membuat sup tradisi perancis ini.....
Bahan-bahan:
10 gm mentega
200 gm bawang besar, dihiris nipis.
500ml stok lembu
Garam
Lada sulah
½ batang French loaf
70 gm keju cheddar
Cara penyediaan:
1. Panaskan mentega di dalam pot menggunakan api sederhana. Masukkan bawang dan masak sehingga
bewarna keperangan. (bawang hendaklah dimasak sempurna sehingga bewarna perang yang sekata. Gunakan api yang perlahan. Masak selama 30 minit.)
2. Masukkan stok dan renehkan sehingga mendidih selama 20 minit.
3. Sesuaikan rasa.
4. Potong roti 1cm- 2cm tebal. Bakar roti bersama keju. Letakkan di atas sup. Hidangkan.