Geoducks-"Kerang laut gergasi"
Dulu saya sering melihat
rancangan dalam Astro yang menunjukkan tentang sejenis makhluk cengkerang yang
menarik perhatian saya. Hidupan itu dikenali sebagai Geoduck. Sejak dari itu
saya berminat dengan geoduck ini dan saya ingin kongsikan sedikit sebanyak mengenai
hidupan ini.
Anda juga boleh baca tentang ULASAN SAINTIFIK : Kenapa Salmon Warnaya Orange?
Geoduck atau Panopea Generosa
merupakan sejenis hidupan cengkerang yang besar dan boleh dimakan. Ia merupakan
kerang air masin dalam yang terletak dalam keluarga Heatellidae. Kulitnya hanya
mencapai antara 15 sentimeter-20 sentimeter namun yang menjadikan panjang dan
besar ialah belalai/Siphons/leher yang boleh mencapai kepanjangan kira-kira 1
meter panjang bersamaan 3.3 kaki panjang. Hidupan ini kebanyakannya terdapat
dikawasan air masin di Puget Sound Amerika Syarikat. Ia dikatakan boleh hidup
selama seratus tahun jika tidak diganggu. Bayangkan betapa besarnya hidupan ini
dalam umur tersebut. Geoduck ini merupakan nama yang biasa digunakan oleh
masyarakat dan ia merupakan nama yang popular. Selain nama Geoduck ia juga
diberi nama sebagai Gooey-Duck yang banyak digunakan dalam ucapan-ucapan yang
merujuk kepada haiwan ini. Saya tidak mengjumpakan bagaimana hidupan ini
mendapat perkataan Duck atau itik itu.
Hidupan ini biasa dipelihara
dikawasan air masin. Dalam tempoh masa tertentu ia akan dituai oleh yang
memeliharanya. Ia seolah-olah sayuran yang ditanam di kawasan ladang. Mencari
dan menuai adalah dua perkara yang berbeza. Menuai Geoduck dilakukan oleh
penguasaha Geoduck yang mana hasilnya dikeluarkan secara besar-besaran.
Manakala mencari pula telah dilakukan seolah-olah satu aktiviti kesukanan. Di
Washington misalnya, mencari Geoduck telah menjadi aktiviti kesukanan yang
mencabar dimana agak sukar untuk mengeluarkan Geoduck daripada habitatnya dan
mereka terpaksa menggali sedalam 3-4 kaki dalam untuk mendapatkannya. Namun di
Washington, mereka dilarang mencari Geoduck melebihi 3 ekor sehari.
Untuk mendapatkan tuaian bukanlah
perkara yang mudah. Mereka perlu menunggu sehingga air pasang rendah untuk
menuainya. Tetapi malangnya ia hanya berlaku hanya beberapa jam sahaja dalam
masa sebulan. Ketika air pasang rendah ini, mereka hanya perlu menggunakan
penyodok untuk mendapatkannya dan tidak perlu menggali lubang yang dalam.
Sebagaimana yang dikatakan
diatas, Geoduck boleh hidup lebih daripada 100 tahun dengan purata 140-146
tahun. Satu tempoh masa yang lama bagi haiwan yang bercengkerang. Jangka hayat
yang lama itu boleh dicapai kerana haiwan ini mempunyai musuh yang kurang
kerana berada dalam tanah. Namun dikawasan seperti Alaska, Geoduck menghadapi
banyak musuh seperti Memerang Laut ( Sea Otter ) dan DogFish ( sejenis haiwan
seperti ikan jerung ). Geoduck yang terdedah belalainya juga boleh terdedah
kepada ancaman Tapak Sulaiman.
Di kawasan Asia, Geoduck amat
popular di kawasan Asia Timur seperti Jepun,China dan juga Korea. Harganya
mencapai sehingga 300 dolar untuk sekilogram. Jika di Amerika, Geo-Duck dibuat
sup dan stew, di negara Asia Timur ini makanan tersebut dipelbagaikan lagi
dengan memasaknya dengan kicap atapun cili. Orang Cina percaya, Geo Duck
merupakan sejenis makanan yang mampu merangsang seks.