Kali ni rase macam nak buat Seri Kaya sendiri lah, untuk dimakan bersama roti dan sebagainya. Teringin pulak nak makan roti dengan Kaya ni kan.
Nak beli kat kedai malas pulak nak keluar.
Resepi ni sangat mudah, Bahan pon sikit je yang digunakan.
Resepi asal saya rujuk di blog Che Mat Gebu kita tu.
Tapi, saya alter sikit2. Che Mat gunakan whole eggs, Tapi saya gunakan kuning telurnya sahaja. Sebabnya untuk dapatkan tekstur seri kaya yang lebih licin. Kalau sekali sekala surirumah2 nak buat homemade seri kaya, apa salahnya kan.
BAHAN BAHAN
Seri Kaya
4 biji kuning telur saiz besar
300ml pati santan segar (saya guna dalam kotak)
200g gula kastor
2 helai daun pandan disimpul (saya guna paste pandan)
garam secukup rasa
Caramel
60g gula pasir
130ml air
CARA CARA
Caramel
1. Didalam periuk kecil, masukkan gula. Biarkan gula menjadi karamel keperangan. Jangan terlalu hitam sangat ya. Nanti pahit pulak.
2. Kecilkan api dan dengan segera masukkan air kedalamnya. PASTIKAN anda jauh sikit dari dapur ketika masukkan air kedalam periuk berisi karamel kerana karamel memercik. HATI HATI ya!
Seri Kaya
1. Didalam mangkuk lain, masukkan kuning telur dan gula, Kacau sebati. Masukkan pula garam dan pati santan. Kacau sehingga gula larut.
2. Dengan perlahan, masukkan air karamel yang panas tadi kedalam bekas berisi adunan santan. Masukkan sambil mengacau adunan. Nanti berketul pulak.
3. Nak selamat, tapiskan adunan dan masukkan kembali kedalam periuk.
4. Gunakan api sederhana. Gunakan senduk kayu dan kacau adunan sehingga menjadi seperti kastard. Ketika ini, adunan akan berbuih dan pekat.
5. Kecilkan api dan teruskan mengacau. Buih2 pada adunan akan mulai hilang dan adunan semakin licin dan berkilat. Tapi masih belum likat dan pekat. Teruskan mengacau lebih kurang 45-60minit.
6. Adunan akan semakin likat dan berkilat. Jika dah pekat bagi anda, matikan api. Adunan akan menjadi lebih likat ketika sejuk.
7. Sementara tunggu adunan likat, bekas kaca untuk seri kaya hendaklah direbus dengan air panas. Ini untuk menjadikan seri kaya lebih tahan lama. Rebus bekas dengan penutupnya. Kemudian, keringkan. Barulah boleh dimasukkan seri kaya yang dah siap tadi kedalamnya.
8. Jika seri kaya sudah berada pada suhu bilik, boleh lah dimasukkan kedalam peti ais untuk jangka hayat lebih lama.