Advertisement

Resepi "Ayam Panggang Madu" Istimewa

Ayam Panggang Madu

Kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua satu resepi yang menarik iaitu Ayam Panggang Madu Istimewa. Cara menyediakan ayam panggang ini cukup mudah dan ia boleh dimakan bersama Nasi Ayamatau Nasi Arab.


Resepi Ayam Panggang Madu Istimewa


Bahan-bahan :
3 ketul ayam (bahagian dada)
5 ulas bawang putih (ditumbuk halus)
1 inci halia (ditumbuk halus)
4 sudu besar madu
3 sudu sos tiram
2 sudu kicap
Sedikit serbuk lada hitam
Garam secukup rasa

Cara-caranya :
- Sediakan bahan perapan dengan memasukkan bawang putih, halia, madu, sos tiram, kicap, serbuk lada hitam dan garam. Gaul rata semua bahan.
- Kemudian sapukan bahan perapan pada ayam.
- Perap ayam selama 2 jam.
- Masak ayam menggunakan oven pada suhu 200 darjah selama 30 - 40 minit / sehingga masak.
- Jika menggunakan pemanggang ajaib, masa diambil hanya 15 - 20 minit.

Selamat mencuba.