Advertisement

Resepi "Sosej Gulung Rangup"

Resepi ni saya dah penah buat tapi tak delah guna sosej. Sebelum ni saya guna tuna.
Tapi, haritu ade beli sosej, so, teringin nak buat versi ni pulak. Resepi asal saya rujuk dari blog che mat Tapi, ade jugak yg saya ubah cara sikit.
Sebab nak cepat kan. hihi

BAHAN BAHAN

6 batang sosej
6 keping roti potong - dibuang bahagian tepinya
1 biji telur - dipukul sedikit
breadcrumbs secukupnya
*kalau ada sliced cheese menarik juga*


CARA CARA

1. Roti yang sudah dipotong bahagian tepinya hendaklah dileperkan dengan menggunakan penggiling pastry. Selepas itu, letakkan sliced cheese didalamnya (kalau letak) dan kemudian, diikuti dengan sosej diatasnya. Gulung kemas.
2. Sapukan sedikit telur dibahagian hujung roti yang bertindak sebagai gam. Tekan2 sikit supaya melekat. Sapukan telur di keseluruhan bahagian. Gulingkan diatas breadcrumbs sehingga meliputi keseluruhan. Buat sehingga habis.
3. Goreng didalam minyak penuh sehingga keperangan. Angkat dan toskan. Siap dihidang bersama sos kegemaran.