½ ekor ayam
Segenggam daun ketumbar
5 tangkai cili hijau
5 tangkai cili api (kalau nak pedas)
2 inchi halia
4 batang serai-1 diricih halus
½ inchi kunyit
Tomato
Terung bulat
Santan
Perasa
Cara-cara:
Kisar daun ketumbar, halia, bawang putih, bawang besar, kunyit dan cili hijau, cili api. Letak air sedikit sahaja. Dalam kuali, tumis bahan kisar tadi dengan api sederhana. Bila agak garing dan kering air, masukkan ayam yang telah dipotong. Gaul rata. Masak hingga ayam betul-betul masak. Masukkan santan dan air ikut kepekatan kuah yang dikehendaki. Perasakan dan boleh dihidang bersama roti atau nasi.