Advertisement

Resepi korean garlic cheese bread guna roti burger

 

Resepi korean garlic cheese bread guna roti burger

Resepi korean garlic cheese bread guna roti burger | Asal jer makanan dr korea jer mesti kita nak cuba kan jom kalini kita cuba plak korean garlic cheese bread tapi kita guna roti burger jer, disamping mudah didapati, roti burger jugak memang lembut dan tak payah dah kita pening pening kepala nak piki cara nak bancuh tepung nak buat roti bagai kan, just pilih roti burger, kita buat filling dia jer, sap sap sui... bum bum bam, tau tau dah siap dah kan.

Siapa suka makan roti viral ‘Korean Garlic Cheese’?, Roti gabungan cream cheese dan garlic yang padu ini sememangnya digemari ramai. Rasa bawang putih bersama keju yang cukup enak dan lemak berkrim dimakan panas-panas. Selalu hanya beli di bakeri tapi apa kata kali ini cuba buat sendiri.

Kalau nak belajar cara buat roti sendiri kat rumah boleh juga baca: Resepi "Roti Boy" buatan sendiri  kat sini saya dah sediakan dah resepi yang lengkap dan juga cara buat step by step, boleh lah nanti cuba yer.

Bayangkan makan roti rangup campur cream cheese cair panas panas? Nikmatnya tak tehingga! Penggemar roti tidak perlu beratur ke bakery atau kedai kek untuk beli roti ini. Anda boleh cuba sendiri di rumah. Mudah je!. Resepi yang sedap ini menggunakan roti burger. Ya, ini versi mudah tapi masih menyelerakan.



Resepi korean garlic cheese bread guna roti burger



Resepi inti keju:

  • 250g cream cheese
  • 25-30g gula ising
  • sedikit garam halus
  • 3 sb chili flakes (ikut kepedasan masing-masing)
*kacau bahan di atas dengan sebati


Untuk limpahan kuah berperisa:

  • salted butter /majerin- 250g
  • bawang putih – 1 labu (cincang)
  • parsley (kering)
  • mayonis – 2tbsp
*campurkan semua bahan

*guna kaedah double boil untuk cairkan butter


Cara isi inti roti:

  1. paipkan keju ke dasar roti yang dibelah
  2. celup dengan kuah rata-rata, dalam-dalam
  3. bakar semula 8-10 minit suhu 170
  4. tabur chilli flakes kalau suka pedas
  5. Sekarang dah siap, keluarkan dan makan panas-panas. Selamat Mencuba!

Sekiranya ada yang rajin boleh mula berniaga dengan menjualnya. Bertambahlah lagi rezeki anda semua. Ianya dijual pada harga RM5 sebiji.