Tempat wajib lawati dikedah - Gunung Jerai | Jom travel, alang alang ada kat kedah ni untuk entry kalini saya nak ajak korang jom naik puncak gunung jerai, antara puncak gunung yang tertinggi kat negeri kedah darul aman.
Dengan ketinggian mencecah 1380 meter dan 986 meter dari paras laut, tak hairan lah ia digelar gunung paling tinggi di kedah, korang wajib naik sehingga puncak. Kerajaan negeri kedah membelanjakan dana yang banyak tuk menjadikan gunung jerai salah satu daya tarikan pelancongan untuk negeri kedah. So korang jangan lepas kan peluang kalau berkunjung ke kedah wajib lawati gunung jerai ok.
Oleh kerana gunung jerai adalah gunung yang tertinggi kat negeri kedah, pelaut pelaut pada zaman dulu menggunakan gunung jerai sebagai guide untuk mereka datang ke negeri kedah untuk berdagang. Dulu dipuncak dipasangkan obor yang besar boleh dilihat sehingga seratus batu jauhnya.
Dekat mana tu?
Entrance nya terletak dekat gurun. Kalau korang dari sungai petani boleh ikut jalan kampung atau pun naik highway exit gurun. Senang jer nak smpai sini, ataupun korang boleh jer terus click direction kat sini :
Gunung Jerai.
Ada dua cara tuk korang nak sampai puncak, kalau korang nak jimat duit boleh lah naik sendiri dengan memandu sendiri smpai ke puncak, tapi agak thrilled jugak lah sebab jalan menuju puncak ada banyak selekoh yang agak extreme. Kalau nak pandu sendiri make sure kenderaan korang berada dalam keadaan yang bagus terutama sekali brek.
Satu lagi cara tuk korang smpai ke puncak adalah dengan cara sewa van, bagi saya, much more preffer tuk sewa van. Sebab driver yang bawa kita ke puncak dah tau selok belok jalan dan in syaa allah kita selamat naik dan turun. Charge untuk sewa van dikira untuk 1 van dan kalau melebihi dari 10 orang baru dikira by head. Change untuk 1 van dibawah 8 orang ialah rm 80 untuk naik dan turun, tapi kalau lebih dari 8 orang akan dikira sekepala rm 10. Tak lah mahal sangat pun kan.
Ada kedai tak kat atas?
Kalau korang terasa lapar kat sini jangan risau kat atas ni ada cafe dan jugak food court tuk korang berenti menjami sepera sesambil menyedut udara yang segar dan berkabus. Ala ala fefeeling genting highland be like la tapi versi kedah.
Kat atas ni ada
Simple Day Cafe, cafe yang berconceptkan coffee house. Ada coffee dan juga cake dan sikit pilihan danish pastry. Memang agak sesuai lah, minum coffee dan some pastry sambil menghirup udara segar yang agak berkabus.
Ok kat bawah ni saya lampirkan beberapa gambar tuk korang tengok tengok suasana kat atas sana yer, kalau kalau membantu korang tuk plan your vacation plan.
Setakat ni je lah dulu entry tuk kalini yer, harapkan boleh membantu korang tuk dapatkan info tentang tempat yang menarik di kedah buat kalini. Ok bye.