Resepi puding buah naga mudah dan sedap | Masuk dapur tadi banyak pulak buah naga. Nak makan macam tu jer dah boring dah kan.
So kalini nak share lah sikit resepi puding buah naga yang sangat mudah tapi memang in syaa allah sedap. Resepi daripada : cuti_makan saya cuba, memang sedap.
Bahan bahan puding buah naga.
Kebanyakkan bahan yang digunakan memang mudah dan in syaa allah dah tersedia kat dapur korang, so jangan risau nak dapatkan bahan bahan nya yer.
Bahan bahan:
- 1 biji buah naga (isi merah)
- 1 paket agar-agar bertali 20 gram
- 750 mls susu cair
- 750 mls air kosong
- 1 cawan gula kastor (boleh kurangkan)
- Untuk resepi puding buah naga ni, guna loyang 7 inci.
Cara membuatnya:
- Rendamkan agar agar terlebih dahulu biarkan ia lembut seketika.
- Kupaskan buah naga dan kemudianya dipotong kecil kecil agar mudah nanti untuk dimakan.
- Masukkan air kosong dalam periuk dan rebuskan agar agar dan juga gula sehingga larut. Tapiskan.
- Tuangkan susu cair kedalam larutanbagar agar dan juga gula tadi, kacau sebati
- Seterusnya masukkan buah naga kedalam bancuhan tersebut.
- Sedia dituangkan kedalam loyang.
- Sejuk kan adunan kedalam peti sejuk.
Akhirnya selesai kan. Wajib cuba tau, memang sedap sangat. Kalau sesiapa yang dah cuba jangan lupa untuk tinggalkan komen kat ruangan komen kat bawah ni tau. Akhirnkata selamat mencuba yer.