Advertisement

Nasi "al- bukhari"

Aasalamualaikau....
salam sejahtera..

semua orng tahu kan tentang kesedapan nasi bukhari, ader sesetengah orang beranggapan yang nasi bukhari ini merupakan raja kepada segala nasi, tetapi itu saya pun x pasti. 

di musim-musim perayaan ini memang sedap lah kalu kita membuat nasi bukhari dan dihidangkan kepada tetamu-tetamu kita nanti kan. 

bagi saya tidak lah sukar sangat hendak memasak nasi bukhari ini, ia sama jugacaranya dengan memasak nasi arab, nasi briyani, cuma pest atau rempahnya sahaja yang berlainan. 

anda boleh sajikan nasi bukhari ini dengan daging, kambing atau ayam.



Bahan (untuk 8 - 10 orang)

3 1/2 cawan beras basmathi ( basmathi Moghul Faiza)
rempah 4 sekawan (2 in. kayu manis, 2 kuntum lawang, 3 kuntum cengkih, 3 biji pelaga)
4 cawan air
3/4 cawan susu sejat
1 paket rempah bukhari Faiza 
3 biji cili hijau - dibelah
1 pokok daun ketumbar
2 biji buah tomato - dibelah 4 setiap biji
sedikit gula (optional)
garam secukup rasa
2 sudu besar minyak sapi
4 sudu besar minyak jagung/minyak sayur
bawang goreng untuk tabur 
hirisan daun bawang - tabur 

Bahan Kisar:-

5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 inci halia

Cara Memasak:-

1. Basuh bersih beras dan rendamkan 10 - 15 minit. Kemudian toskan.
2. Dalam periuk panaskan minyak sapi dan minyak sayur dan tumis bahan rempah 4 sekawan dan bahan kisar hingga naik bau.
3. Kemudian masukkan rempah bukhari dan kacau dengan api perlahan, hingga rempah masak dan naik minyak.
4. Masukkan air dan biarkan nampak mendidih dan masukkan susu sejat, garam dan gula secukup rasa.
5. Bila mendidih sikit, terus masukkan beras basmathi dan kacau rata sebentar. Alihkan periuk ke dalam rice cooker dan masak nasi seperti biasa.
6. Bila nasi hampir kering, masukkan cili hijau, daun ketumbar dan buah tomato. Bila nasi masak, balikkan nasi naik ke bahagian atas sekali dan tutup kembali. Biarkan nasi masak elok.
7. Hidangkan dengan taburan bawang goreng dan daun bawang. (enak juga dimakan dengan kari ala dalca daging dan ayam panggang halia) 
8. SELAMAT MENCUBA...