Advertisement

Resepi Ayam Serai Thai

 Resepi Ayam Serai Thai | Kalau sebut jer Thailand dalam kepala korang mesti terpikirkan tomyam, padprik, padthai, kerabu Maggie jer kan. 

Resepi Ayam Serai Thai


Walaupun banyak lagi menu dan resepi yang menarik yang ada kat Thailand ni, kebanyakkan orang hanya terpikirkan menu kat atas tu jer. 

Tak cakap orang lain lah, saya pun sama sebenarnya. Mana tak nya makan tu memang tahap tahap world class perginya. Satu dunia pun tau, kalau cakap pasal Thailand punya makanan. 

Baca juga : Resepi Thai Green Curry

Kalau pergi sana pulak aduhaii... Jenuh mengatur langkah lah nak set tempat makan. Sana memang menjadi syurga makanan lah untuk kaki makan ni. Pergi sana memang rase macam tak nak balik malaysia hahahahaha... Makanan sedap sedap, penduduk pulak sangat sopan. 

Dah membebel panjang sangat dah ni. So kalini nak share sikit resepi ayam serai thai, resepi dari Suriati silad, kene cuba tau resepi ni. Sedap sangat. 


RESEPI AYAM SERAI THAI.

Jom kitabtengok dulu bahan bahan yang diperlukan kat bawah ni. Kebanyakkan bahan yang diperlukan kat bawah senang nak cari dan banyak kat dalam dapur kita. 

Kalau tak der pun bahan bahan ni senang didapati kat speedmart berdekatan rumah korang. 

Bahan Bahan :

  • 6 kepak ayam, potong buang hujung sayap
  • 1 tsp serbuk kunyit
  • Garam

P/s: Gaulkan semua bahan di atas, goreng hingga masak tapi jangan terlalu garing.

Bahan Sambal :

  • 2 batang serai di ketuk
  • 5 helai daun limau purut, buang tengahnya gunting halus
  • 1 sudu makan sos seafood
  • 1 sudu makan sos ikan
  • 1 kiub pati ayam
  • Gula secukupnya
  • 1 biji limau kasturi, ambil.jusnya

Bahan bahan Kisar :

  • 5 cili besar
  • 6 cili padi
  • 3 bawang putih
  • 4 bawang merah

Cara Penyediaan :

  1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga wangi
  2. Masukkan serai dan daun limau purut
  3. Kacau rata masukkan kiub ayam
  4. Masukkan sos ikan sos seafood, gula dan perahan air limau kasturi
  5. Kacau rata, masukkan ayam goreng tadi.
  6. Tambahkan 1/2 cawan air, masak lagi hingga pecah minyak.
  7. Tutup api dan hidangkan.😋

Kredit : Suriati Silad


Kepada sesiapa yang dah mencuba jangan lupa untuk tinggalkan komen korang kat ruangan komen kat bawah ni yer. Yang belum mencuba korang harus mencuba tau.